Friday, 10 November 2017


Bismillah, lama tak update dan saya kongsikan sedikit melalui video bagaimana nak memahami warna aura diri anda mengikut unsur 5 diri manusia. Selamat menonton.

Monday, 2 October 2017


Adakah anda sudah tahu warna aura anda dan apakah warna menonjol, warna sokongan, warna penstabil energi dan warna yang melemahkan anda? Dari segi unsur siapa yang mengawal siapa, siapa menyokong siapa. Adakah anda tahu dengan lebih terperinci. Maka, satu seminar bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Nantikan...!

Saturday, 16 September 2017


Bismillah, Awalluddin Makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Bagaimana nk kenal Allah jika diri sendiri pun belum kenal. Kenal apa yang Allah ciptakan sekeliling barulah kita kenal Maha Agungnya Sang Pencipta.
Sila lihat bilangan jari anda. Ada 5 kan? Itulah sifat dan karekter manusia juga ada 5. Dalam NLP, diterangkan VAK , visual audio dan kinestatik. Sila kira no akar masing masing dan lihat karekter masing masing supaya syukur dengan diri sendiri.
No akar 1 yang berunsur besi atau dipanggil Kinestatik. Diahirkan sebagai nature born leader. Sifat ketua dan kepimpinan. Bagus memberi arahan kurang bagus dalam pelaksanaan. Seorang yang degil dan keras kepala. Kekuatan diri ialah pada spiritual.
No 2 yang berunsur air.kekuatan terletak pada suara. Bagus bercakap namun kuat membebel. Sesuai diletakkan pada bahagian pemasaran. Sukar membuat keputusan , selalu keliru dan baik hati. Sukar untuk mengatakan tidak dan orang mudah dan sering mengambil kesempatan.
No akar 3 seorang yang aktif tak boleh duduk diam ada saja benda nk buat. No ini biasanya dimiliki oleh Para Atlet Sukan. Suka menarik perhatian dan dahagakan kasih sayang. Sesuai diletakkan di bahagian operation.
No 4 yang berunsur kayu seorang yang berilmu suka mengkaji dan merancang buat belum tentu. Seorang yang bersistem kemas dan teliti. Individu ini ialah manusia yang banyak tanya dan perlukan bukti dan hujah. Banyak tanya namun bila dia berpuas hati, dia akan beli banyak barang yang telah beliau fahami.
No akar 5 yang berunsur Tanah. Seorang yang flexible dan multitasking. Semua bisnes kau nak sapu habis kau sorang boleh berniaga. Pantang dengan peluang dan bersifat seperti lalang. Mahu buat macam macam sebelum kenal diri, jika dah kenal diri lebih hebat dari individu lain.
No akar 6 besi yang lebih keras dari no 1. Sifat semulajadi degil dan tuah dalam hal kewangan dan rezeki. Mudah dapat duit. Rezeki mudah datang dan bagus menjadi pemilik bisnes. Tak sesuai kerja di bawah orang. Perlu dilantik sebagai ketua dan orang yang memegang pucuk pimpinan. Seorang yang bersifat kekeluargaan iaitu family oriented buat sesuatu banyak untuk kebahagiaan dan keutamaan keluarga.
No akar 7 berunsur air iaitu individu Visual. Seorang yang suka dipuji, mudah terkenal dan suka popular. Individu yang berpengaruh dan mudah mencari pengaruh. Ramai penyokong disekeliling tak kurang juga musuh. Bagus dalam orang ramai. Sesuai diletakkan di muka hadapan atau bekerja sebagai public relation. Seorang yang bersifat natural dan berfalsafah, bijak dan bagus dalam
analisis. Dilkenali dengan seorang yang berpengetahuan tinggi dan bijak. Lebih alim dari orang lain dan lebih alim bila mengjangkau umur 40.
No akar 8 bersifat api iaitu Audio dan tuah pada kekayaan. Sifat yang suka membantu sampai terbeban diri sendiri pun takpe. 8 ialah no amanah dan tanggungjawab orang suka beri amanah dan bagus dalam menjaga amanah. 8 juga adalah no kepada bakat memiki bakat semulajadi dan bagus dalam berdakwah.
No akar yang terakhir iaitu no 9 atau lebih dikenali dengan ending numbers. Berunsur kayu seorang yang penyayang dan suka memberi kasih sayang. Bagus dalam kemasyarakatan dan ada bakat boleh menenangkan dan mendamaikan. Buat sesuatu terus nak besar kerana sudah mahu berjaya cepat kerana 9 maksudnya adalah kejayaan. Bagus menjadi ahli politik dan kebanyakan yang menjadi ahli politik ialah individu yang bernombor 9.
Itulah serba sedikit dan selanjutnya dan lebih terperinci akan diterangkan dalam seminar nanti.Sila kira dan kaji diri anda sekarang.

Tuesday, 12 September 2017


Tahukah anda bahawa WARNA memainkan peranan yang sangat penting bagi meningkatkan aura dan tenaga dalaman anda. Gambar di atas adalah fungsi warna mengikut harian. Setiap hari ada warna bagi mengurangkan rasa letih jika kesibukan kerana anda memakai warna yang selaras tenaganya dengan warna Aura Harian.
  • ISNIN - Warna Harian adalah PUTIH. Berpuasa pada hari Isnin adalah untuk ketenangan fikiran dan emosi. Dan pada Hari Isnin amalan akan diangkat dan Rasulullah lahir pada hari Isnin. Hari yang bagus untuk beribadah.
  • SELASA - Warna pada hari Selasa ialah warna UNGU atau PINK. Hari yang bagus untuk terapi dan santai. Elakkan dari berbicara yang banyak kerana salah cakap mudah mendatangkan pergaduhan. Allah mencipta binatang berbisa dan hari pertumpahan darah di mana pembunuhan Manusia yang pertama berlaku pada Hari Selasa iatu Qabil dan Habil. Hari yang bagus dan digalakkan berbekam pada hari ini.Individu yang lahir pada hari Selasa ialah seorang yang sifat asalnya baran berani dan bersifat seperti ketenteraan dan sangat berani mengambil risiko. 
  • RABU  - Warna pada hari ini ialah warna BIRU yang bermaksud hari yang bagus untuk bersuara, menyuarakan dan untuk closed deal. Warna biru adalah melambangkan aura cakra pada suara dan jika ingin banyak bercakap gunakan aura warna Biru.
  • KHAMIS - Hari ni warnanya adalah KUNING atau OREN. Hari untuk menyelesaikan hal-hal yang tertunggak dan untuk sambung Closed Deal jika belum closed deal pada hari Rabu sebelumnya. Kuning adalah warna kepada keceriaan dan semangat dan Oren adalah warna meningkatkan Karisma. Berpuasa pada hari Khamis adalah bagus untuk sistem penghadaman perut.
  • JUMAAT - Warna pada hari ini adalah HIJAU atau TURQOISE. Hari untuk Muhasabah Diri dan untuk cek balik adakah kita sudah mencapai KPI kejayaan atau Target kita. Bagus membaca Surah AL-KAHFI pada hari Jumaat.
  • SABTU - Warna pada hari ini adalah warna MERAH. Hari untuk mencuba sesuatu yang baru belajar ilmu baru. Hari yang santai tenang bersama keluarga dan rileks. Elakkan banyak berfikir dan tenang pada hari ini.
  • AHAD - Warna aura pada hari Ahad adalah warna HITAM. Hari untuk menyimpan tenaga dan kekuatan dan para Ulama' banyak melakukan ibadah pada hari AHAD. Pada hari ini ialah hari untuk perancangan minggu hadapan.






Bismillah, SEMINAR PESONA DIRI sebelum ini yang telah dijalankan dan anda boleh lihat testimoni yang pernah hadir ke Seminar dan banyak yang telah mereka pelajari bagi membongkar Potensi diri mereka dengan lebih mendalam.


SETIAP ORANG MEMPUNYAI MASA YANG SAMA 24 JAM SEHARI. TAPI ADAKAH ANDA SUDAH KENAL DIRI ANDA SIAPA SEBENARNYA ?

🚩 TOPIK : SIAPAKAH SAYA

PETUNJUK PERTAMA ialah mengira no asas/akar menggunakan birthday anda menunjukkan :-

❓SIAPAKAH DIRI SEBENARNYA 
❓POTENSI SAYA INI
❓KELEBIHAN SAYA
❓KEKURANGAN SAYA

JOM RUJUK SINI:-

Cth: 20.01.1979

Pengiraan ialah 
2+1+1+9+7+9
= 30
= 3



25.06.1982
= 2+5+6+1+9+8+2
= 33
= 6 

HURAIAN NOMBOR ASAS DIRI ANDA..!!

No Asas = Pemimpin / Ketua / Boleh Di harap / Berdikari. Nature karekter adalah degil kerana seorang ketua yang hebat dan kekuatan pada arahan dan juga spiritual diri.

No Asas 2 = Kekuatan pada Suara /Sosial / Peramah / Suka bercakap / Pandai Mengambil Hati 

No Asas 3 = Sentiasa Bergerak & banyak idea, tak boleh duduk diam ada saja benda nak dilakukan, suka tarik perhatian

No Asas 4 = Seorang Perancang @ Suka ilmu / gemar mencuba sesuatu baru, banyak rancang buat belum tentu, banyak tanya dan suka mengkaji

No Asas 5= Seorang yang suka pada banyak peluang,Mulitasking dan Flexible,Berprinsip & Suka buat perubahan baru./ pantang dengan peluang, suka pada benda yang baru dan berinovasi, mood mudah berubah dan swing.

No Asas 6 = Rezeki/ Kekeluargaan,banyak melakukan sesuatu untuk keluarga /Bijak dlm mendaptkan Wang @ Mudah dpt Wang/Degil

No Asas 7 =  Seorang yang berpengaruh / Suka Networking dan banyak network/ Penyayang/ Berfalsafah dan pencari ilmu


No Asas 8 = Seorang yang bertanggungjawab & bijak menyelesaikan masalah/ sanggup bantu orang lain sehingga tergadai diri sendiri

No Asas 9 = Seorang Motivator / membuka peluang baru / pemimpin/ kebahagian kasih sayang suka beri kasih sayang/ bagus dalam penjenamaan/ ada bakat merawat dan sesuai dalam bidang kemasyarakatan.

Anda asas berapa? Sila kaji dan lihat diri anda sendiri dahulu.

#usthilmiidris
#aurakasih79

KELAS ONLINE COACHING PESONA DIRI ANDA...! KELAS ONLINE BAKAL DIADAKAN BAGI YANG BERMINAT UNTUK BELAJAR SECARA ONLINE DENGAN LEBIH MENDALAM. BAGI YANG NAK MEMBONGKAR POTENSI DIRI TAPI BELUM SEMPAT MENGHADIRI KE SEMINAR YANG PERNAH SAYA ANJURKAN SEBELUM INI ANDA BOLEH MENDAFTAR ATAU JOIN GROUP WHATSAPP.

PREVIEW PERCUMA ONLINE COACHING PESONA DIRI OLEH USTAZ HILMI IDRIS

☑ Kelas yang akan membongkar tentang potensi diri dan bisnes anda.
☑ Adakah bisnes yang anda lakukan sekarang pada track yang betul atau sebaliknya.
☑ Cabang bisnes yang lain yang sesuai dengan diri anda.
☑ Bagaimana memahami aura dan kenapa aura sangat penting terutamanya para usahawan.
☑ Dan banyak lagi.

Jemput ke preview PERCUMA kelas online dan maklumat lanjut terus ke whatsapp ;

www.wasap.my/60182769468/nakjoinpreviewpercuma

Atau boleh terus tekan link group

https://chat.whatsapp.com/Am1BMTbKEbwEY4DrKpBrjHJoin group

ASAS CARA PENGIRAAN NO AKAR

Huraian no akar unsur anda dibahagi kepada 5 unsur :

1. Kinestatik (Besi)
2. Visual (Air)
3. Audio (Api)
4. Digital (Kayu)
5. Flexible (Tanah)

Bagaimanakah ciri-ciri setiap karekter no akar di atas? Akan dihuraikan pada entry seterusnya. Nantikan...!