Tahukah anda bahawa WARNA memainkan peranan yang sangat penting bagi meningkatkan aura dan tenaga dalaman anda. Gambar di atas adalah fungsi warna mengikut harian. Setiap hari ada warna bagi mengurangkan rasa letih jika kesibukan kerana anda memakai warna yang selaras tenaganya dengan warna Aura Harian.
- ISNIN - Warna Harian adalah PUTIH. Berpuasa pada hari Isnin adalah untuk ketenangan fikiran dan emosi. Dan pada Hari Isnin amalan akan diangkat dan Rasulullah lahir pada hari Isnin. Hari yang bagus untuk beribadah.
- SELASA - Warna pada hari Selasa ialah warna UNGU atau PINK. Hari yang bagus untuk terapi dan santai. Elakkan dari berbicara yang banyak kerana salah cakap mudah mendatangkan pergaduhan. Allah mencipta binatang berbisa dan hari pertumpahan darah di mana pembunuhan Manusia yang pertama berlaku pada Hari Selasa iatu Qabil dan Habil. Hari yang bagus dan digalakkan berbekam pada hari ini.Individu yang lahir pada hari Selasa ialah seorang yang sifat asalnya baran berani dan bersifat seperti ketenteraan dan sangat berani mengambil risiko.
- RABU - Warna pada hari ini ialah warna BIRU yang bermaksud hari yang bagus untuk bersuara, menyuarakan dan untuk closed deal. Warna biru adalah melambangkan aura cakra pada suara dan jika ingin banyak bercakap gunakan aura warna Biru.
- KHAMIS - Hari ni warnanya adalah KUNING atau OREN. Hari untuk menyelesaikan hal-hal yang tertunggak dan untuk sambung Closed Deal jika belum closed deal pada hari Rabu sebelumnya. Kuning adalah warna kepada keceriaan dan semangat dan Oren adalah warna meningkatkan Karisma. Berpuasa pada hari Khamis adalah bagus untuk sistem penghadaman perut.
- JUMAAT - Warna pada hari ini adalah HIJAU atau TURQOISE. Hari untuk Muhasabah Diri dan untuk cek balik adakah kita sudah mencapai KPI kejayaan atau Target kita. Bagus membaca Surah AL-KAHFI pada hari Jumaat.
- SABTU - Warna pada hari ini adalah warna MERAH. Hari untuk mencuba sesuatu yang baru belajar ilmu baru. Hari yang santai tenang bersama keluarga dan rileks. Elakkan banyak berfikir dan tenang pada hari ini.
- AHAD - Warna aura pada hari Ahad adalah warna HITAM. Hari untuk menyimpan tenaga dan kekuatan dan para Ulama' banyak melakukan ibadah pada hari AHAD. Pada hari ini ialah hari untuk perancangan minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment