Saturday, 16 September 2017


Bismillah, Awalluddin Makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Bagaimana nk kenal Allah jika diri sendiri pun belum kenal. Kenal apa yang Allah ciptakan sekeliling barulah kita kenal Maha Agungnya Sang Pencipta.
Sila lihat bilangan jari anda. Ada 5 kan? Itulah sifat dan karekter manusia juga ada 5. Dalam NLP, diterangkan VAK , visual audio dan kinestatik. Sila kira no akar masing masing dan lihat karekter masing masing supaya syukur dengan diri sendiri.
No akar 1 yang berunsur besi atau dipanggil Kinestatik. Diahirkan sebagai nature born leader. Sifat ketua dan kepimpinan. Bagus memberi arahan kurang bagus dalam pelaksanaan. Seorang yang degil dan keras kepala. Kekuatan diri ialah pada spiritual.
No 2 yang berunsur air.kekuatan terletak pada suara. Bagus bercakap namun kuat membebel. Sesuai diletakkan pada bahagian pemasaran. Sukar membuat keputusan , selalu keliru dan baik hati. Sukar untuk mengatakan tidak dan orang mudah dan sering mengambil kesempatan.
No akar 3 seorang yang aktif tak boleh duduk diam ada saja benda nk buat. No ini biasanya dimiliki oleh Para Atlet Sukan. Suka menarik perhatian dan dahagakan kasih sayang. Sesuai diletakkan di bahagian operation.
No 4 yang berunsur kayu seorang yang berilmu suka mengkaji dan merancang buat belum tentu. Seorang yang bersistem kemas dan teliti. Individu ini ialah manusia yang banyak tanya dan perlukan bukti dan hujah. Banyak tanya namun bila dia berpuas hati, dia akan beli banyak barang yang telah beliau fahami.
No akar 5 yang berunsur Tanah. Seorang yang flexible dan multitasking. Semua bisnes kau nak sapu habis kau sorang boleh berniaga. Pantang dengan peluang dan bersifat seperti lalang. Mahu buat macam macam sebelum kenal diri, jika dah kenal diri lebih hebat dari individu lain.
No akar 6 besi yang lebih keras dari no 1. Sifat semulajadi degil dan tuah dalam hal kewangan dan rezeki. Mudah dapat duit. Rezeki mudah datang dan bagus menjadi pemilik bisnes. Tak sesuai kerja di bawah orang. Perlu dilantik sebagai ketua dan orang yang memegang pucuk pimpinan. Seorang yang bersifat kekeluargaan iaitu family oriented buat sesuatu banyak untuk kebahagiaan dan keutamaan keluarga.
No akar 7 berunsur air iaitu individu Visual. Seorang yang suka dipuji, mudah terkenal dan suka popular. Individu yang berpengaruh dan mudah mencari pengaruh. Ramai penyokong disekeliling tak kurang juga musuh. Bagus dalam orang ramai. Sesuai diletakkan di muka hadapan atau bekerja sebagai public relation. Seorang yang bersifat natural dan berfalsafah, bijak dan bagus dalam
analisis. Dilkenali dengan seorang yang berpengetahuan tinggi dan bijak. Lebih alim dari orang lain dan lebih alim bila mengjangkau umur 40.
No akar 8 bersifat api iaitu Audio dan tuah pada kekayaan. Sifat yang suka membantu sampai terbeban diri sendiri pun takpe. 8 ialah no amanah dan tanggungjawab orang suka beri amanah dan bagus dalam menjaga amanah. 8 juga adalah no kepada bakat memiki bakat semulajadi dan bagus dalam berdakwah.
No akar yang terakhir iaitu no 9 atau lebih dikenali dengan ending numbers. Berunsur kayu seorang yang penyayang dan suka memberi kasih sayang. Bagus dalam kemasyarakatan dan ada bakat boleh menenangkan dan mendamaikan. Buat sesuatu terus nak besar kerana sudah mahu berjaya cepat kerana 9 maksudnya adalah kejayaan. Bagus menjadi ahli politik dan kebanyakan yang menjadi ahli politik ialah individu yang bernombor 9.
Itulah serba sedikit dan selanjutnya dan lebih terperinci akan diterangkan dalam seminar nanti.Sila kira dan kaji diri anda sekarang.

No comments:

Post a Comment